Penghuni MIM menikmati minum petang dan berbual mesra bersama teman seusia
Deretan pondok berkonsepkan English Cottage di MIM Nilai dikelilingi kehijauan
Penghuni MIM bersenam bersama di laluan pondok
Sijil penghargaan dan jambangan bunga meraikan penghuni MIM
Komuniti MIM Minum Petang & Berbual Mesra Bersama Teman Seusia

Meniti Usia Emas Bermakna

SELAMAT DATANG

MIM menawarkan gaya hidup perkampungan persaraan yang mengharmonikan tradisi pondok warga emas dengan kehidupan moden dalam suasana seni bina English Cottage yang mendamaikan, untuk ibu ayah Meniti Usia Emas Bermakna.

Cawangan Perintis MIM

PONDOK WARGA EMAS
MIM SEGAMAT

MIM bermula dengan penganjuran kelas pengajian di Pekan Parit Bakar, Muar sekitar tahun 2010. MIM Segamat kemudiannya telah dibangunkan di Kampung Tasek Alai, Segamat bermula dengan pembangunan sebuah surau dan lapan unit pondok warga emas. MIM Segamat telah memulakan operasinya pada 17 September 2011 dan kini telah mempunyai sekitar 100 orang penghuni.

GALERI MIM SEGAMAT
Pondok berbumbung biru dan taman bunga di MIM Segamat, Kampung Tasek Alai
Sejak 2011 SEGAMAT
Penghuni MIM Segamat tersenyum ketika aktiviti bersama

Ketenangan Alam Semula Jadi

PONDOK WARGA EMAS
MIM NILAI

MIM Nilai telah dibangunkan bermula tahun 2018 di tepi Hutan Simpan Galla dan Jeram Sungai Mahang. Ia menawarkan ketenangan alam semula jadi yang menyegarkan, ideal bagi ibu ayah yang menghargai keharmonian jauh dari kesibukan bandar, namun masih boleh diakses dengan mudah dari ibu kota.

GALERI MIM NILAI
Laluan pondok warga emas MIM Nilai yang tenang di pinggir Hutan Simpan Galla
Sejak 2019 NILAI

Bakal Beroperasi 2028

PERKAMPUNGAN PERSARAAN
MIM SEREMBAN

MIM Seremban bakal dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar bersebelahan Kompleks Dakwah Islam Paroi, mengetengahkan konsep perkampungan persaraan yang mendamaikan dengan pesona seni bina dan suasana English Cottage.

TEMPAH COTTAGE ANDA SEKARANG

Lima Dimensi Penuaan Holistik

MENITI USIA EMAS BERMAKNA

MIM mengangkat lima dimensi penuaan yang digariskan dalam Dasar Warga Emas Negara sebagai asas pembentukan gaya hidup persaraan yang holistik, diolah dalam acuan tradisi pondok warga emas berteraskan nilai Islam dan kesejahteraan insan.

Gaya hidup berkomuniti bersama teman seusia di MIM

Gaya Hidup Bersama Teman Seusia

Menikmati kehidupan berkomuniti bersama teman seusia melalui aktiviti sosial, riadah dan perkongsian pengalaman yang menyuburkan persahabatan.

Pengajian Al-Quran santai dan berstruktur dengan pendekatan geragogi

Pengajian Santai dan Berstruktur

Mengikuti pengajian agama secara santai dan berstruktur menerusi pendekatan geragogi, iaitu kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan, kemampuan dan tahap penerimaan warga emas.

Persekitaran kediaman English Cottage yang selamat dan mesra warga emas

Keselamatan dan Keselesaan

Menikmati persekitaran kediaman yang mendamaikan dengan fasiliti mesra warga emas yang mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian.

Kunjungan mesra ahli keluarga dan anak cucu di Perkampungan Persaraan MIM

Pengukuhan Hubungan Kekeluargaan

Memperkukuh ikatan kasih sayang antara generasi dengan menggalakkan peranan anak cucu, meluangkan masa dan terus terlibat dalam kehidupan ibu ayah, kerana MIM bukan pengganti keluarga, tetapi pelengkap kepada peranan keluarga.

Kenangan lawatan rasmi delegasi KPKT ke MIM Nilai pada 5 Jun 2024

Kunjungan Hormat & Perkongsian

PERKONGSIAN
PENGALAMAN MIM

Kenangan Lawatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke MIM Nilai yang diketuai oleh Tuan Haji Suhaimi bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) bersama wakil daripada Bahagian Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, KPKT, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PLANMalaysia dan perunding UPUM Sdn. Bhd.

5 Jun 2024 · MIM Nilai

Apa Kata Ayah Bonda

“Alhamdulillah saya seronok dapat duduk dengan rakan-rakan, pergi solat berjemaah dan mengaji Al-Quran bersama.”
HJ ABDUL KARIM Penghuni MIM Segamat
Hj Abdul Karim, Penghuni MIM Segamat

Kami Sedia Membantu

HUBUNGI KAMI

Sila lengkapkan borang di bawah untuk pertanyaan mengenai penginapan, lawatan atau inisiatif wakaf, dan pihak pengurusan MIM akan menghubungi anda semula.

SAYA MEMOHON MAKLUMAT UNTUK:
WHATSAPP TERUS