VISI MIM
MIM komited menyediakan yang terbaik untuk insan yang banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kami berusaha menjadi peneraju dan sentiasa meneroka sempadan baharu dalam merealisasikan usia emas yang bermakna.
MIM komited menyediakan yang terbaik untuk insan yang banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kami berusaha menjadi peneraju dan sentiasa meneroka sempadan baharu dalam merealisasikan usia emas yang bermakna.
Menawarkan kehidupan persaraan bertaraf dunia dengan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa melebihi jangkaan.
Mencetuskan idea yang mengubah kebiasaan serta memberi inspirasi.
Menggilap, menyokong dan mengembangkan potensi setiap individu dalam pasukan.
Komited dengan 100% tenaga, fokus dan semangat dalam setiap yang dilakukan.
Prinsip Kami
Mengamalkan kecekapan, kebolehan dan kepakaran dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi serta mengekalkan standard kerja yang tinggi.
Bertindak pantas dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah, mengenal pasti peluang serta mengambil langkah awal untuk memenuhi keperluan tugas.
Menunjukkan sikap empati, peduli, dan memahami keperluan rakan sekerja dan pelanggan serta bertindak untuk membantu dan menyokong.
Melaksanakan tugas dengan amanah, jujur, dan beretika tinggi, serta memastikan setiap tindakan selaras dengan nilai moral dan prinsip yang benar.
Barisan Kami
Dengan pengalaman lebih sedekad, kami menjamin pengurusan yang profesional, cekap, dan penuh dedikasi dalam menemani ibu ayah meniti usia emas bermakna.

Arasy Masut
CEO
Sarjana Muda Undang-Undang UIAM, Sarjana Undang-Undang UKM

Dr. Mashitah Abdul Mutalib
COO
Sarjana Muda Undang-Undang UIAM, Sarjana Undang-Undang University of Edinburgh, Ph.D Syariah dan Kehakiman USIM

Danang Kuncoro W
Musyrif
Sarjana Muda Fiqh Institut Al Fath Al Islami Damsyik Syria, Sarjana Madzhab Syafi'i UNISSA Brunei

Mohamad Lukman Hakim Mohamad Khairi
Pegawai Imarah
Maktab Mahmud Alor Setar, SMA Al Falah Tg Piandang, Sarjana Muda Kelas Pertama Fiqh dan Fatwa USIM

Muhamad Fais Mohd Fuad
Pegawai Imarah
Diploma Usuluddin Kolej Islam As Sofa, Sarjana Muda Pengajian Islam & Pengurusan OUM, Syahadah 'Alimiyyah, Maahad As Sofa Li I'dad al Muallimin, Daurah Kitab Turath Ponpes al Baidha' Pekan Baru Indonesia

Mohd Sufyan Akmal Abd Hamid
Pegawai Imarah
Maahad Tahfiz Baitul Rahmah Hulu Langat, Kursus Bahasa Arab Al-Azhar, Pare Kediri, Indonesia

Muhaimin bin Mohamad
Pegawai Imarah
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Mahdharah Noubhagiya Mauritania
Perkongsian Tulus Penghuni & Waris